Wednesday, November 11, 2009

Lembaran Baru..

Assalamualaikum....
Hai... pe khabar semua, sorry lah ye, dah lama i tak edit blog ni bz manjang..he3....!
Ari ni 12hb Nov 2009 dan i dok kat Kuantan ni di Mega View Hotel, dok kursus la beb... "Bengkel Pengoperasian 2010 Latihan Dalam Perkhidmatan Setiausaha LDP Sekolah-Sekolah PPD Bachok". Hari ni merupakan hari ke 3 kita org dok sini besok balik ler...

Seramai 48 orang peserta kali ni dan kami diberi pendedahan bagaimana nak melaksanakan kursus sesi tahun 2010 nanti. Terima kasih pada En.Zameri Abdullah dan kru-krunya.

Saturday, April 26, 2008

Kursus LDP Kali Pertama

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.

SABTU- Seramai 43 orang guru dan kakitangan SK. Kampong Chap.Bachok Kelantan telah mengikuti kursus LDP anjuran pihak sekolah demi memantapkan lagi pencapaian guru dalam mengendalikan P&P menggunakan ICT.
Slot kursus tersebut di adakan selama sehari dan pengisiannya amat bermakna khususnya kepada guru-guru untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah. Penggunaan alat teknologi secara terancang dan teratur akan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Oleh yang demikian itu, guru perlu mempunyai kemahiran supaya dapat memilih,mengguna dan menilai bahan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.

Matlamat.
Supaya guru boleh menguasai kmahiran ICT dan dapat membina bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Objektif
* Memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan alat ICT dalam proses P&P di bilik
darjah.
* Guru dapat mengaplikasikan ICT dalam P&P.
* Guru dapat menggunakan berbagai kaedah dan teknik P&P dalam bilik darjah.

Tarikh : 26 April 2008 ( Sabtu )
Masa : 8.00pg - 4.30ptg
Tempat : Makmal Komputer SKKC
Perasmian : En. Hassan b. Mamat ( GB )

Peserta
43 orang

Kewangan / Perbelanjaan
43 x 12 = RM 516.00

Tuesday, April 22, 2008

Kursus LDP Kali 1

Tajuk Kursus : Penggunaan Alat ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah.
Tempat : Makmal Komputer SKKC
Tarikh : 26 hb April 2008 ( Sabtu )
Masa : 8.00 - 4.30 ptg

Semua guru diwajibkan hadir.

Monday, April 21, 2008

Sahabatku khairi

kawe dok buat blog, bagus la.dpt ilmu.

Jawi DBP

Ceramah Jawi

Kursus Pengenalan LDP

Seramai 78 orang peserta kursus terdiri daripada Penyelaras LDP sekolah dari PPD Bachok dan PPD Tanah Merah / Jeli telah mengikuti kursus Pengurusan LDP Sekolah yang telah diadakan di Kesedar Inn Gua Musang.